MOONSYI'S BIG PICTURES

an official photoblog for Ahmad Moonsyi Photography (for now...)

Apabila BM di campur dengan Bahasa Sarawak....

Published on 12:46:00 PM 16 April 2009
another write-up, got this from my Mirian friend who i haven't met yet, a cabik (chilli) lover K.Aqmal a.k.a lomokikuyu.....boleh la komen kat aku apa yg korang tak paham.

(oke jangan la ditembaknya aku ragam, sintaksi, morfologi ayat tak betul....)

* Berikut adalah senarai peserta yang akan berekot dalam acara larian amal.

* Api yang marak akan menyebabkan marak penggunaan kayu api..

* Mereka melemparkan cebisan kerak nasi ke arah sekumpulan kerak.

* Walaupun ditetak beberapa kali dengan parang namun dia masih mampu tetak.

* Impiannya untuk menjual ikan kering itu hancur-lebur setelah semua ikan yang dijemurnya lebur terkena hujan lebat.

* Suasana tepi pantai yang nyaman membuatkan makanan terasa lebih nyaman.

* Melihatkan pelawak yang tidak kelakar itu menyebabkan penonton berkelakar sesama sendiri.

* Orang ramai berpusu-pusu untuk membeli ikan pusuk.

* Oleh kerana berasa dirinya lawa membuatkan sikapnya lawa.

* Dia masih tidak tahu sini tempatnya walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa kita akan berjumpa di sini.

* Kali terakhir aku tangga, dia duduk di tangga.

* Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun akan dihadiahkan sebiji belon setiap kali mereka menaiki belon.

* Rahsia ini jangan dipadah dengan orang lain kerana ianya boleh membawa padah kepada kita.

* Sebarang maklumat berkaitan rancangan ini mesti dibuat dengan teliti, jangan sebarang.

* Perutnya rasa berbual selepas berbual panjang sambil minum arak dengan teman-temannya di kedai itu.

* Kesemua krew RTM yang membuat liputan di puncak Gunung Everest dikhuatiri mati kruk kerana kesejukan.

* "Pergilah ngabas Pakcik Abas kat hospital tu" katanya pada anak-anaknya.

* Terdapat banyak tapak dan mangkuk dibuang di tapak pelupusan itu.

* Sik banyak kemudahan awam disediakan di daerah Sik, Kedah.

* Berliang hatinya melihatkan mukanya penuh berliang roma.

* Dengan adanya undang-undang baru ini, diharapkan nasib penternak undang di negara ini akan lebih terbela.

* Setelah kepak terbang seharian, burung itu hinggap sebentar merehatkan kepaknya.

* Semua ayam yang dibiaknya masih terlalu biak untuk disembelih.

"power of story telling thru pictures"
A. MOONSYI
Ahmad Moonsyi's Facebook profile

4 OPINION(S):

eatmyshort said... @ Thu Apr 16, 07:11:00 PM MYT

hahaha
ngok

sab said... @ Sat Apr 18, 03:38:00 PM MYT

moon ada gik tp dlm bahasa brunei la..

Dayang tidak berkarih untuk membeli kari di pasar malam


ko phm sik? hahhahaha :D lawak juak sik semua org paham yg ko tulis tok .

adel said... @ Thu Apr 23, 08:14:00 PM MYT

hahahaha....bleh tahan..leh disedut tukk

KhairulAqmal said... @ Tue May 12, 09:09:00 PM MYT

kah kah kah. sikpat bersatu bahasa tok.haha. lain maksud

Post a Comment

 
 
>